Wednesday 20 November 2013

together


kami ke bukit melawati.. seronok bersama.. ini hari kami meluangkan masa bersama monkey monkey di jalanan haha :) hip hip horrey :)
Posted by Picasa

Saturday 16 November 2013

Haluan masing-masing


Bawa haluan sendiri
Bagai nak gila, tidak lama selepas dapat khabar dari qirien, dan sekali lagi menerima panggilan telefon daripada ana.. Katanya sham kemalangan! Maka mereka bergegas ke tempat kejadian. Tapi aku? tiada daya.. maafkan aku sham.. :'(
“sham meninggal dunia ditempat kejadian dan seorang lagi rakannya meninggal dalam perjalanan ke hospital.. aku kaku ketika menerima berita itu.. Ia terlalu sukar kerana dalam ketika itu juga aku baru selesai menjalani pembedahan.. aku perlu make sure aku sihat dulu.. aku minta maaf beb.. ku xdapat ziarah kubur kau.. SPM sudah semakin hampir.. ianya terlalu mengejut.. Seminggu selepas kematian sham, bat mula mendiam kan diri sementara rakan-rakan lain membawa haluan masing-masing.. Sampailah dua tahun lalu, aku bertemu bat secara tak sengaja.. Penampilannya jauh berubah, dia tidak seperti dulu lagi.. “ana pula sampai sekarang tak tahu apa khabar berita. Terakhir saya dengar, dia sudah berpindah ke negeri sembilan dan menetap disana bersama keluarganya."
Bagi kami semua kepergian sham meninggalkan kesan yang bukan sedikit dan menimbulkan seribu tanya.. oh sham betapa rindunya aku saat kita sekelas bersama.. gelak tawa, bahan membahan.. make a noisy, duduk tak pernah lekat atas kerusi.. merayap tah kemana.. bila perlukan pertolongan.. semuanya sedia berkhidmat.. mana perginya kawan-kawan aku yang dahulunya periang dan gila gila.. mm mereka semua terus melangkah dan ada juga yang mundur ke belakang.. semuanya bina haluan sendiri.. dan setelah sekian lama tidak berjumpa.. ketemu pula di lama muka buku.. sunguh teruja.. kalau berjumpa pastinya akan terkinja kinja..  #rindu bertahun tak jumpa punya pasal la ni..
ini adalah pengalaman kali pertama aku kehilangan seorang kawan tak baik dan tak jahat juga.. cuma sedang sedang.. yang sedang sedang saja.. ianya juga mengingatkan aku bahawa kematian sangat dekat dengan manusia tidak kira berapa usia kita sekalipun.. dan rugilah kita jika kita mensia siakan waktu yang ada ini.. :(